Suami kenalah arif dan memahami kaedah cumbu rayu sebelum bersetubuh kerana ia merupakan suatu usaha membangkitkan nafsu berahi anda agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam liang faraj (liang kemaluan).
Anda hendaklah membantu suami yang mungkin kurang arif dalam hal seksual wanita kerana seksual wanita sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Suami sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa bukan di kawasan tetek ataupun biji kelentit sahaja tumpuan sasaran tetapi perlulah seluruh tubuh anda merupakan sasaran seksual iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Jadi daerah-daerah erogen (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan) anda sangat luas tersebar di seluruh tubuh, bibir, tengkuk, daun telinga, buah dada, leher dan masih banyak lagi yang luar biasa semuanya mudah untuk dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu berahi anda ini kalau tidak dibantu atau dipacu kepada suami maka akan lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan. Keadaan ini lah yang menggagalkan suami dalam bersetubuh dengan isteri kerana mereka akan cepat memasukkan zakarnya ke dalam lubang faraj anda sedangkan anda masih di peringkat pertengahan senggama. Suami sebenarnya maka daerah erogennya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya. Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan zakarnya mudah tegang. Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki dan wanita, maka anda sebagai isteri perlulah pandai memainkan peranan dalam pertarungan sebab hampir 95% suami terus redah jer untuk bersetubuh. Suami tidak diajar bagaimana nak approach dan istimta' sepuasnya untuk isteri melalui kaedah cumbuan ataupun mungkin suami pandai approach atau istimta' jika bukan dengan isterinya sebenar. Anda kenalah berhati-hati.
PANDUAN MENJAGA FARAJ WANITA JANGAN SAMPAI BERKULAT
1. Adalah disyorkan agar anda membersihkan bahagian luar faraj selepas membuang air kecil atau air besar, seeloknya menggunakan air.
2. Ketika haid, anda dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah. Ini kerana darah merupakan media yang paling sesuai untuk kuman membiak. Bagi anda yang menggunakan tampon ( masih ada lagi ke zaman sekarang ? ) mereka perlu sentiasa beringat untuk menukarkannya.
3. Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
4. Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit dan akan menjadi gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada kandungan pewangi serta buih sabun.
5. Pasangan suami isteri diggalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin bagi menjamin kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.
6. Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari yang mengalami keputihan, lebih baik memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.
7. Selain dari itu, bengkak nanah juga dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk menggeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik. Bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.
8. Wanita yang mengalami keputihan pada alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu–waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopause.
9. Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil, gatal dan berbau, tanda-tanda bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.
10. Seelok-eloknya jika anda mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.
11. Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.
12. Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan, yang tidak mengubah kadar PH faraj dan telah diuji kebersihannya.
13. Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa gatal, pedih, kemerahan, wanita itu dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpalah doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
14. Gunakanlah kaedah bagaimana mendapatkan amalan atau petua serta penggunaan herba yang disyorkan yang boleh memuaskan hati suami. Bagaimana tembam,gebu,ketatkan serta bagi kelihatan menarik faraj merupakan tarikan kepada suami untuk terus bersama anda.